Sebaik baik hari yang dicipta oleh Allah ialah Hari Jumaat.Kepada jemaah lelaki kalau ke masjid untuk solat Jumaat pasti melihat bermacam ragam dan rupa serta gaya manusia.
Pernah suatu ketika saya melihat seorang jemaah terperanjat bila kotak derma lalu depan beliau,mengalabah mana nak tolak kotak derma tu dan macam marah pun ada.Rupa-rupanya sebelum tu dia sedang lena sambil duduk ketika khatib berkutbah.
Ada sesetengah masjid,Khatib hanya baca teks kutbah pengisian dan pula kurang mendapat perhatian ramai jemaah lelap.Berbeza di Masjid yang ditulis sendiri oleh khatib dan pengisian pula berkisar dengan hal-hal semasa serta di sampaikan dengan penuh semangat,para jemaah pasti mendengar dengan tekun.
Disebabkan saya selalu musyafir,memberi peluang untuk melihat suasana Jumaat ditempat lain.Ada di masjid tertentu anak-anak muda lepak-lepak sambil merokok dan makan-makan di luar Masjid ketika khatib berkutbah.
Kalau diperhati kebanyakan Masjid orang ada datang sedekah buah pisang,sampai satu ketika kawan bertanya,buah lain tak boleh ke,ganti buah appleke?Ada juga rakan-rakan yang nakal kata,diaorang ingat kita beruk ke?..macam-macam.
Paling meriah ada masjid yang jemaahnya mengambil kesempatan membuat jualan macam jenis barang dari kelengkapan solat sehingga ubat tenaga batin.Macam pasar malam.Yang lecehnya jalan jadi sesak.
Apapun Hari Jumaat tetap hadir 4 kali sebulan dan 52 kali setahun,selagi terdaya sama-sama kita untuk terus mengimarakkan Hari Jumaat yang mulia sesungguhnya ramai para tabiin memohon supaya di matikan pada hari jumaat...walaaualam(mj)
No comments:
Post a Comment