Sunday, May 31, 2009

SIBUK......LAH....

Alasan paling senang kalau orang tanya kenapa tak...?
AKU SIBUK LAH..
Tapi untuk dua tiga hari lepas memang sibuk gile.. update blog pun tak sempat.Maklum balik kampung halaman.Jumpa saudara mara dan rakan-rakan lama.
Begitu pun sempat juga QSO dan chek di RADIO BORNEO(147.750mhz) Net controler 9W6 RMY.Saudara Jeremy dari base station Tanom.Selepas tu sempat juga QSO dengan 9W6YAB(BURNO)dan 9W6CID(pak Sopian)dari Putatan.Tak lupa juga 9W6JEX(Jaffry)tq for you guide..
Harap rakan-rakan tak jemu melawat blog saya. Kepada rakan-rakan di Sabah kalau ke home land 9W2 jangan lupa loceng terbang atau CQ CQ ....73

Friday, May 22, 2009

JUMAAT...

Sebaik baik hari yang dicipta oleh Allah ialah Hari Jumaat.Kepada jemaah lelaki kalau ke masjid untuk solat Jumaat pasti melihat bermacam ragam dan rupa serta gaya manusia.



Pernah suatu ketika saya melihat seorang jemaah terperanjat bila kotak derma lalu depan beliau,mengalabah mana nak tolak kotak derma tu dan macam marah pun ada.Rupa-rupanya sebelum tu dia sedang lena sambil duduk ketika khatib berkutbah.



Ada sesetengah masjid,Khatib hanya baca teks kutbah pengisian dan pula kurang mendapat perhatian ramai jemaah lelap.Berbeza di Masjid yang ditulis sendiri oleh khatib dan pengisian pula berkisar dengan hal-hal semasa serta di sampaikan dengan penuh semangat,para jemaah pasti mendengar dengan tekun.



Disebabkan saya selalu musyafir,memberi peluang untuk melihat suasana Jumaat ditempat lain.Ada di masjid tertentu anak-anak muda lepak-lepak sambil merokok dan makan-makan di luar Masjid ketika khatib berkutbah.



Kalau diperhati kebanyakan Masjid orang ada datang sedekah buah pisang,sampai satu ketika kawan bertanya,buah lain tak boleh ke,ganti buah appleke?Ada juga rakan-rakan yang nakal kata,diaorang ingat kita beruk ke?..macam-macam.





Paling meriah ada masjid yang jemaahnya mengambil kesempatan membuat jualan macam jenis barang dari kelengkapan solat sehingga ubat tenaga batin.Macam pasar malam.Yang lecehnya jalan jadi sesak.



Apapun Hari Jumaat tetap hadir 4 kali sebulan dan 52 kali setahun,selagi terdaya sama-sama kita untuk terus mengimarakkan Hari Jumaat yang mulia sesungguhnya ramai para tabiin memohon supaya di matikan pada hari jumaat...walaaualam(mj)

Thursday, May 21, 2009

SEKADAR RENUNGAN...

BIG PICTURE PEOPLE,ENJOY THE OPPORTUNITY.
`DOT'PEOPLE ARE ALWAYS WAITING FOR IT TO HAPPEN.



BIG PICTURE PEOPLE,SEE THE POSITIVE IN ANYTHING.
`DOT'PEOPLE SEE THE NEGATIVE IN EVERYTHING.



BIG PICTURE PEOPLE,SEE THE PRICE OF THE OBJECTION.
`DOT'PEOPLE THE PRICE AS THE OBJECTION.



BIG PICTURE PEOPLE,ASK THEIR WAY TO SUCCESS.
`DOT'PEOPLE COMPLAIN THEIR WAY TO FAILURE.(MJ)

RAMBO KNIFE

RAMBO 1




RAMBO 111

RAMBO 11


Ini Pisau Rambo yang ori.Kalau ada rakan-rakan colector,boleh lah datang ke Salt Mine kami di Bandar Baru Bangi.73

PERSATUAN ANGKAT BERAT KUALA LUMPUR

UNDANG-UNDANG PESATUAN ANGKAT BERAT KUALA LUMPUR



1. NAMA DAN TEMPAT


1.1 Pertubahan ini dikenali dengan nama PERSATUAN ANGKAT BERAT KUALA LUMPUR.Selepas ini dikenali sebagai Persatuan.

1.2 Tempat urusan persatuan ini ialah di d/a Bahagian Kebudayaan dan Sukan ,Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,Kompleks Sukan Taman Tasek Perdana Jalan Cenderasi,50480 Kuala Lumpur atau tempat urusan Persatuan tdak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.



2. OBJEKTIF



Objektif ialah :-


2.1 Melaksanakan dan memajukan sukan angkat berat di dalam Wilayah Persatuan Kuala Lumpur


2.2 Bertindak sebagai badan penyelaras bagi kegiatan sukan angkat berat di dalam Wilayah Persatuan Kuala Lumpur.


2.3 Mewakili Wilayah Persatuan Kuala Lumpur dalam mana-mana pertandingan

angkat berat.


2.4 bergabung dengan Wilayah Persatuan Angkat Berat Malaysia,Majlis Sukan Kuala Lumpur atau mana-mana badan sukan yang memajukan sukan angkat berat.


2.5 Berkausa membeli,menyewa tanah dan bangunkan bagi tujuan memajukan sukan angkat berat.


2.6 Boleh menjalankan sebarang kegiatan amal atau tujuan sebarang jenis perniagaan untuk tujuan menambah kewangan Persatuan,asalkan tidak bercanggah dengan undang-undang Negara.Dengan syarat semua wang keuntungan yang didapati oleh Persatuan ini ialah hasil dari penyertaan dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan ,memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan Persatuan ini,dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan ini akan digunakn untuk membayar faedah ,keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli persatuan.Sesungguhnya begitu,peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja persatuan ini.


3. KEAHLIAN


3.1 Keahlian Persatuan ini terbahagi kepada dua jenis :-

a)Ahli Biasa

b)Ahli Bersekutu


3.2 Ahli Biasa Persekutuan ini terbuka kepada warga Negara Malaysia yang tinggal atau bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan hendaklah berumur 18 tahun keatas.


3.3 Ahli Bersekutu terbuka kepada mana-mana Kelab atau Pertubuhan berdaftar yang menjalankan kegiatan sukan angkat berat.Ahli Bersekutu layak melantik seorang wakil kedalam Persatuan.


3.4 Tiap-tiap permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dikemukakan kepada setiausaha dengan menggunakan borang permohonan yang disediakan .Setiausaha setelah menerima permohonan ini hendaklah mengemukakan kepada mesyuarat Jawatankausa untuk dipertimbangkan .Jawatankuasa mengikut budi bicaranya boleh menerima atau menolak sesuatu permohonan tanpa memberi sebab .


3.5 Tiap-tiap pemohon yang permohonannya diluluskan hendaklah dalam tempoh 15 hari membayar yuran tahunan pertama terlebih dahulu sebelum disahkan hak keahliannya.



4.BAYARAN PENDAFTARAN, YURAN DAN KUTIPAN LAIN.


4.1 Bayaran pendaftaran dan yuran yang perlu dibayar oleh ahli ialah:-

a)Ahli Biasa

Yuran Pendaftaran RM 2.00

Yuran Tahunan RM 10.00

b)Ahli Persekutuan

Yuran Pendaftaran : RM 2.00

Yuran Tahunan : RM 10.00


4.2 Bayaran tahunan hendaklah dibayar kepada Bendahari tidak lewat dari Januari

setiap tahun.


4.3 Ahli yang membiarkan yurannya tertunggak lebih dari tiga bulan akan menerima peringatan dari Setiausaha atau wakilnya dan hak keahliannya akan digantung sehingga tunggakkan yurannya dijelaskan.


4.4 Ahli yang membiarkan yurannya tertunggak lebih dari empat bulan dengan sendirinya terlucut keahliannya.


4.5 Jawatankausa mempunyai kausa menetapkan bayaran pendaftaran semula ahli yang terlucut keahliannya


4.6 Kutipan khas daripada ahli bagi tujuan tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan mesyuarat agong ahli-ahli.Sekiranya ahli gagal membayar kutipan khas ini maka ia dianggap sama seperti tunggakkan yuran tahunannya.


5 HAK KEAHLIAN


5.1 Ahli Biasa berhak menikmati kemudahan persatuan ,menghadiri mesyuarat agung,mengundi dan diundi bagi memegang jawatan dalam persatuan.

5.2 Ahli Bersekutu berhak menikmati semua kemudahan persatuan kecuali mengundi dan diundi bagi memegang jawatan dalam persatuan wakil ahli brsekutu layak menghadiri mesyuarat agung sebagai pemerhati sahaja.



6 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN


6.1 Ahli yang hendak berhenti dari menjadi ahli peserta persatuan hendaklah memberi notis pemberhentiannya seminggu terlebih dahulu kepada setiausaha dan membayar segala hutangnya.

6.2 mana –mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang persatuan atau bertindak dalam cara mencemarkan nama baik persatuan atau salah laku atau terlibat dalam kegiatan yang bersalahan dengan undang-undang Negara boleh dipecat atau digantung keahliannya dalam suatu tempoh yang munasabah oleh jawatankausa.Sebelum tindakan tersebut diambil,ahli berkenaan hendaklah diberi peluang menerang dan membela dirinya.Kuasa pemecatan dan penggantungan keahlian akan diputuskan oleh jawatankuasa.Keputusan yang dibuat adalah muktamat.


7 MESYUARAT AGUNG


7.1 Pengelolaan persatuan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli.Sekurang-kurangnya satu perdua daripada ahli yang berhak mengundi atau dua kali bilangan ahli jawatankausa mengikut mana yang terkurang hendaklah hadir dalam mesyaurat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyaurat dan mencukupkan korum mesyuarat.

7.2 jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh lain tidak lebih dari 30 hari seperti mana ditetapkan oleh jawatankausa.Sekiranya korum tidak juga mencukupi dalam mesyuarat yang ditangguhkan maka berkuasalah ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidak berkuasa membuat keputusan yang melibatkan semua ahli dan mengubah undang-undang mesyuarat.

7.3 mesyuarat agung Dwi -Tahunan hendaklah diadakan tidak lewat dari April setiap dua tahun sekali pada tarikh ,masa dan tempat yang ditetapkan oleh jawatankuasa.Kerja-kerja mesyuarat agung Dwi -Tahunan ialah :-

a) Menerima laporan jawatankuasa berkaitan aktiviti persatuan bagi tahun-tahun lalu.


b) Menerima laporan kewangan dan penyata kira-kira yang telah diodit bagi tahun-tahun yang lalu


c) Melantik ahli-ahli jawatan kuasa dan pemeriksa kira-kira bagi 2 tahun yang akan datang.


7.4 Setiausaha hendaklah menghantar kepada ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mesyuarat agung Dwi-Tahunan satu agenda termasuk salinan peringatan mesyuarat, laporan-laporan dan penyata kewangan persatuan tahun lalu yang telah diodit.Salinan dan surat-surat peringatan hendaklah juga dibekalkan untuk dibaca oleh ahli ditempat urusan persatuan.


7.5 Mesyuarat agung khas boleh diadakan:-

a)Bila difikirkan mustahak oleh jawatankuasa


b)Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada 1/15 daripa jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya.Permintaan itu hendaklah dihantar kepada setiausaha persatuan


7.6 Mesyuarat agung khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada suatu tarikh didalam tempoh 1 bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.


7.7 Pengumuman dan agenda ,mesyuarat agung khas itu hendaklah diedarkan oleh setiausaha pada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.



8 JAWATANKUASA


8.1 Satu jawatankausa yang dinamakan pegawai persatuan hendaklah dilantik dalam mesyaurat agung Dwi-Tahunan.:-


Seorang Presiden


Seorang Timbalan Presiden


Dua orang Naib Presiden


Seorang Setiausaha Kehormat


Seorang Penolong Setiausaha Kehormat


Seorang Bendahari


Lima Orang Ahli Jawatan Kuasa Biasa


8.2 Ahli Jawatankuasa Ex-officio yang terdiri dari seorang wakil daripada Majlis

Sukan Kuala Lumpur (MSKL),Majlis Sukan Negara (MSN), Masjlis Sukan Sekolah


- Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSSWP) hendaklah bagi


- Mengganggotai Jawatankuasa tanpa kuasa pentadbiran dan hak mengundi.


8.3 Pemegang jawatan Persatuan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan

Tugas pemerintah dalam persatuan ini hendaklah terdiri dari warganegara Malaysia.


8.4 Nama untuk jawatan diperenggan 8.1 diatas hendaklah dicadang dan disokong dalam pemilihan yang dijalankan secara pengundian oleh ahli-ahli dalam mesyuarat agung Dwi-Tahunan Semua pegawai boleh dilantik semula.

8.5 Pekerjaan Jawatan kuasa ialah mengelola dan mengatur kerja-kerja harian persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan

Persatuan dengan tidak terkeluar dari dasar umum yang ditetapkan oleh mesyuarat

Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh membuat tindakan bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan jawatankuasa agung mestilah sentiasa taat kepada keputusan mesyuarat agung.Jawatankuasa hendaklah memberi laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.


8.6 Jawatankuasa hendaklah bermesyaurat sekurang-kurangnya sekali didalam 3 bulan.Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu .Presiden secara bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat jawatankuasa bila-bila masa.sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.


8.7 Ahli jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatannya didalam jawatankuasa.


8.8 Jika seorang ahli jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dipecat dari jawatannya maka berkuasa jawatankausa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat agung Dwi –Tahunan diadakan.


8.9 Jawatankausa boleh memberi arahan kepada setiausaha dan pengawai-pengawainya untuk menjalankan urusan persatuan ,melantik pengurus dan kakitangan jika difikirkan perlu.Ia boleh menggantung atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai didalam pekerjaan,atau sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan persatuan.



9 TANGGUNGJAWAB PEMEGANG JAWATAN


9.1 Presiden didalam masa menyandang jawatannya,hendaklah menjadi pengerusi semua mesyuarat .Jawatankuasa dan bertanggjawab atas kesempurnan perjalanan mesyuarat.Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani semua peringatan mesyuarat serta documen persatuan.


9.2 Timbalan presiden hendaklah membantu presiden dan menjalankan tugas president semasa ketiadaannya .

9.3 Naib-naib presiden hendaklah membantu presiden dan timbalan presiden menjalankan tugas dan salah seorang dari mereka hendaklah memangku tugas timbalan presiden semasa ketiadaannya atau tugas presiden semasa ketiadaan mereka.

9.4 Setiausaha kehormat hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran peraturan undang-undang dan hendaklah menjalankan perintah mesyuarat agung dan jawatankuasa.Ia bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat menyurat dan menyimpan semua buku,surat dan kertas kecuali buku kira-kira dan kewangan .setiausaha kehormat hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama ,tempat,dan tarikh lahir ,nombor kad pengenalan pekerjaan ,nama dan alamat majikan serta alamat rumah tiap-tiap ahli.Ia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat.Setiausaha hendaklah tempoh 28 hari dari tarikh mesyuarat agung tahunan diadakan mengirim penyata tahunan persatuan kepada pendaftar pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki dibawah seksyen 14(1) akta pertubuhan ,1966.


9.5 Penolong setiausaha kehormat hendaklah membantu tugas setiausaha kehormat dan menjalankan tugas setiausaha kehormat semasa ketidaannya

9.6 Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hak kewangan persatuan .Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab diatas kebetulannya.

9.7 Ahli jawatankuasa biasa hendaklah membantu jawatankuasa menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

9.8 Ahli jawatankuasa Ex-officio boleh membantu jawatankuasa apabila diperlukan.



10 KEWANGAN


10.1 Disyaratkan kepada peruntukan –peruntukan yang berikut bagi peraturan ini wang persatuan boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan persatuan termasuklah belanja pentadbiran ,bayaran gaji,biayaan dan perbelanjaan pengawai-pengawai dan kakitanagn yang bergaji ,dan upah memeriksa kira-kira,tetapi tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang dijatuhkan hukuman dimahkamah.


10.2 Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih dari RM 200.00 pada sesuatu masa .Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang dipersetujui oleh jawatankausa .kira-kira bank itu hendaklah diatas nama persatuan.


10.3 Segala cek atau kenyataan pengeluran wang dari kira-kira persatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh Presiden dan Setiausaha atau Bendahari .kerana ketiadaan Presiden atau setiausaha atau Bendahari,jawatankuasa berkausa melantik sesiapa sahaja diantara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek-cek atau kenyataan pengeluaran wang persatuan.


10.4 Perbelanjaan yang lebih dari RM 5,000.00 bagi satu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan oleh jawatankuasa,dan perbelanjaan yang lebih dari RM20,000.00 bagi sesuatau masa tidak boleh dilakukan tanpa kelulusan mesyuarat agung terlebih dahulu .Manakala perbelanjaan yang kurang daripada RM5,000.00 bagi Sesuatu masa boleh diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha Kehormat dan Bendahari.


10.5 Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan beserta timbangan kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh pemeriksa kira- kira yang dilantik mengikut undang-undang 11 dengan seberapa segera setelah berakhir tahun kewangan .Penyata kira-kira telah diodit itu hendaklah dikemukakn untuk kelulusan mesyuarat agung tahunan yang berikutnya dan salinan hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli ditempat urusan bagi Persatuan.


10.6 Tahun kewangan persatuan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember setiap tahun.


11 PEMERIKSA KIRA-KIRA



11.1 Dua orang yang bukannya pengawai persatuan boleh dilantik didalam mesyuarat agung Dwi-tahunan sebagai pemeriksa kira-kira persatuan .Mereka akan memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula.


11.2 Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira persatuan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk mesyuarat agung tahunan .Mereka harus juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh presiden mengodit kira-kira persatuan bagi mana-masa didalam tempoh jawatan mereka dan membuat laporan kepada jawatankuasa.


12 PENGAMANAH


12.1 Dua orang pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik didalam mesyuarat agung bila diperlukan. Mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh persatuan. Kepada mereka akan diamanahkan harta tetap kepunyaan persatuan dengan menandatangani surat amanah (Deed of Trust)


12.2 Pengamanah tidak boleh menjual ,menarik balik atau menukarkan ahk milik harta kepunyaan persatuan denagn tidak aatu persetujuan dan kausa yang diberikan oleh mesyauaarta agung persatuan.


12.3 seorang pengamanah boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh mesyuarat agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada dalam negeri atau kerana sebab lain yang menyebabakan ia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi seseorang pengamanah maka kekosonagan itu bolehlah dipenuhkan oleh pengamanah yang baru dilantik didalam mesyuarat agung.



13 TAFSIRAN UNDANG UNDANG


13.1 Diantara mesyuarat – mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberi tafsiran kepaad undang-undang ini dan jawatankuasa jika mustahak boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung didalam undang-undang ini.


13.2 kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan yang telah dibuat mesyuarat agung, keputusan jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.



14 PENASIHAT DAN PENAUNG


14.1 Jawatankuasa jika difikirkan perlu boleh melantik orang - orang yang layak bagi menjadi penasihat atau penaung persatuan ini.



15. LARANGAN



15.1 Semua permainan yang disebut dibawah ini tidak boleh dimainkan di dalam persatuan : Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belankai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Chong, Dua Puluh Satu , Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah , semua permainan dadu, bankers game, video games dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib.


15.2 Persatuan atau ahli - ahlinya tidak boleh mencuba menghalang atau dengan apa cara sekalipun menggangu perniagaan atau harga barangan atau mengambil peranan didalam kesatuan pekerja seperti yang diterangkan didalam Akta Kesatuan Sekerja 1959.


15.3 Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri samada dikhaskan kepaad ahli - ahli atau tidak, atas nama Persatuan atau pegawai-pegawai atau jawatankuasa atau ahli tanpa kebenaran dari pihak berkuasa.


15.4 Faedah seperti yang diterangkan di bawah seksyen 2 akta pertubuhan 1966 tidaklah boleh diberikan oleh persatuan kepada mana ahli-ahli.


15.5 seseorang penuntut universiti atau kolej universiti tidak boleh menjadi ahli persatuan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada naib Chancelor universiti berkenaan.



16 PINDAAN UNDANG-UNDANG



16.1 Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada pendaftar pertubuhan dalam masa 28 hari dari tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskannya dan ia hanya boleh dijalankan dengan berkuatkuasa mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.



17 PEMBUBARAN


17.1 Persatuan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang dari tiga perlima daripada jumlah ahli yang menghadiri mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.


17.2 Sekirannya persatuan ini hendak dibubarkan secara disebutkan di atas maka segala hutang dan tanggungan persatuan yanag sah mengikut uindang-undang hendaklah dijelaskan dan baki yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung.


17.3 Notis bersabit pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada pendaftar pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.



AHMAD JANIUS ABDULLAH(9W2MMJ)



SETIAUSAHA KEHORMAT

Tuesday, May 19, 2009

ANGKAT BERAT



Antara Sukan yang paling saya gemari adalah angkat berat.Tidak ada politik atau muslihat tertentu dalam sukan ini.Juga tidak melibatkan `body contac' dengan lawan kita.Kira siapa kuat atau teknik bagus pasti Juara.Saya mewakili Negara dalam sukan ini dari tahun 1994-1998.Buat masa ini saya adalah Setiausaha Persatuan Angkat Berat Kuala Lumpur.

Kepada rakan-rakan yang minat sukan ini bolehlah datang beramai-ramai pada pertandingan Angkat Berat mini Olimpik di Stadium Bukit Jalil pada 16-23 Jun 2009.Masuk adalah percuma.73

Saturday, May 16, 2009

Radio Amatur


Satu ketika dulu saya tak pernah kisah tentang radio atau walkie talkie ni.Pada suatu hari ketika saya bertandang ke Sg Buaya ofis 9W2SAJ@PR-AJ beliau telah memberitahu bahawa sebuah kelab radio baru akan di tubuhkan.Itu lah PRADAS.Eye ball pertama di Subang.Ketika eyeball seorang pun tak kenal.Bila borak-borak baru kenal PR-EO@9W2REO,PR-DO@9W2TDO,9W2ABC,9W2TOM dan paling top Pak Tam@9w2RES.Selepas itu saya tak ketinggalan untuk hadir setiap acara Pradas.Walau bagai mana pun di sebabkan kesibukan kerja sejak akhir-akhir ini masa untuk eyeball dangan kawan -kawan agak terbatas.Harap rakan -rakan ham terus HIDUP.73

KOMANDO 69


Anggota dalam unit ini sangat unik,ketika kali pertama berjumpa rakan-rakan dari pasukan Tarik Tali PDRM,kebanyakan dari unit VAT 69.Mereka begitu sporting,semangat setia kawan dan displin yang tinggi.Kali pertama kami saya mewakili pasukan Harimau melawan VAT 69 pada pertandingan Pesta Pantai Morib Tahun 2000.Salam buat rakan-rakan yang masih mengenali...73

Friday, May 15, 2009

KELUARGA BARU RNJ VENTURE


CT A,Che Mek dari Negeri Cik Siti Wan Kembang.Faham senyum,Tak faham pun senyum.Sejuk hati....Cikgu tuuu..masih solo..

ZAI....


Penolong Pengurus RNJ Venture Sdn Bhd.Berdiri megah di samping kereta idaman nya,Kepunyaan ...(chee wa..)Jinak-jinak merpati....Sarawak mari...
Hanya aktif di Frekuansi Trunking..

Pengurus RNJ Venture Bangi





Wajah tampan Cik Mat,menjadi kegilaan Minah Rempit seantaro...dunia,Bekas Penyanyi Nasyid tahun 90 an.Bakal menduduki RAE pada bulan Jun.

Kenderaan Pertama RNJ Venture


WBG 4314 dibeli dengan harga RM3,500 pada tahun 2007.Eyeball Pradas di Bagan Lalang adalah destinasi Pertama.Setiap Hari Ahad pasti kelihatan di aras Parking B1 Amcorp Mall.PJ.
Pemandu tak lain tak bukan Cik Mat di Samping Cik Ida Kg Sg Buah,Sepang...

Siapa Gerangan....


Siapa anda?Awek Mat Meggie?Kawan Zai?Sila lapor pada YD1AQE(9W2OCD) hadiah menanti anda....Seram aku tengok...

Thursday, May 14, 2009

Tempat mencari rezeki


RNJ VENTURE SDN BHD
(7.7.2004)



Ini lah wajah sebenar pejabat dan syarikat kami.
Pengurus En Mohammad Arshad dibantu oleh Cik Zai dan Cik As

YD1AQF

Setelah penat lelah belajar dan menghadiri peperiksaan RAE di Indonesia,hati tersangat TERUJA apabila lulus dan sedang menunggu kad keahlian ORARI.Kepada rakan-rakan di Malaysia harap tidak terperanjat apabila mendengar callsign ini keudara dan pemilik nya adalah 9W2MMJ(PR-MJ).Kepada yang sangsi bolehlah datang jumpa saya untuk melihat AA.Tahniah juga kepada YD1AQE(9W2OCD) dan YD1AQG(9W2JSJ).

CAWANGAN BANDUNG

Dalam perjalanan ke desa tempat orang tua pak IWAN,saya sempat menunggang kuda padi.Di Daerah ini kuda masih banyak dijadikan pengangkutan utama sama ada untuk perseorangan atau menarik kerata kuda sewa.



Rumah kelahiran pak IWAN





IWAN WALADIN
MANAGER

Jalan Industri Barat
No.4/70 Bandung 40174
Indonesia
tel:(022)607 6809


Seorang anak kepala desa di Dearah Garut.Sebuah kota kecil di Jawa Barat.Bekas pekerja buruh di Korea Selatan sebelum kegawatan ekonomi pada tahun 1997.Mempunyai sifat jujur yang sangat terpuji dan berbudi bahasa.Semua adik beradik beliau lepasan univesitis Indonesia.Salah seorang adalah hakim di kantor agama.Garut.

Sunday, May 10, 2009

Hadiah Hari Jadi




di lukis oleh Kak Nora Ashikin Abd Rahman,Sek Men Raja Chulan,Ipoh
pada harijadi saya yang ke-22.Terlalu banyak kenangan ketika menuntut di sekolah ini.....

3 bulan yang mencabar...

KOMANDO REST
(foto kamezaim ggk)








Rakan lama, meninggal ditembak pelatih CQB 2002






Sekadar berkongsi cerita kisah lama,suka duka di masa lalu.....


Thursday, May 7, 2009

TINGGAL KENANGAN

Bukit Jalil 1996

Kuala Rompin,Pahang 1995


SUKOM 98 SQUAD

Berdiri,dari kiri Edmond Yeo,Asli Udin,JL Armanak(Russia)Abu Hanapah,Walliam Yeo,Mohd Hidayat dan Ahmad Janius.

Duduk,dari kiri Stenly,Abd Rahman(P.R-V.X)Matin Guntali,Kamaruzaman Jusan,Rosdi Ngah.

rumah kedua...




SAWADIICAP...


Thailand atau siam adalah satu Negara yang sangat menarik,bercakap mengenai perniagaan,sosial dan budaya nya begitu berbeza dengan Malaysia.Setelah 5 Tahun berulang alik, sekerap 2 minggu sekali ke Kota Bangkok,menjadikan diri begitu arif tentang selok belok budaya di sana.Tanpa ada banyak kemalangan jalanraya,tanpa ada mat rempit walaupun sebilangan besar penduduknya menggunakan motosikal,rakyat nya begitu sopan ketika memandu dan ketika berurusan dengan orang luar.

Apa yang kurang nya hanyalah kesukaran mendapatkan makanan halal di sesetengah tempat.Jadi kesimpulan nya Malaysia adalah Negara yang bertuah...

Kepada rakan-rakan HAM kalau nak kirim peralatan radio sila semak di ruang jadual pergerakan saya. KHOBKON..

Tuesday, May 5, 2009

satu ketika dahulu....




Sukom 98














Bawa cabaran ke Taiwan







Mewakili melaka kejohanan kebangsaan Sabah 2001






Jurulatih Melaka



..antara keratan akhbar yang dapat diselamatkan.Satu ketika dulu rasa benda-benda ni tak ada guna,sekarang rasa rugi tak simpan betul-betul untuk tatapan anak-anak di masa akan datang...(mj)