Monday, June 29, 2009

SELESMA BABI


Dalam jalan-jalan cari makan,aku terserempak dengan sebuah lori gambar babi terbang,bukan seekor tapi dua ekor dengan gaya seperti superman.

Terlalu banyak penyakit di bawa oleh binatang ini seperti gila babi,babi gila,virus nipah dan terbaru selesma babi tapi masih ada mahluk yang meng agung-agungkan BABI maka terserleh kebabian nya...

MEREKA BOLEH...


Seorang rakan,MR.Ghaffur dari Pakistan,20 tahun berhijrah ke Bangkok.Mempunyai rangkaian perniagaan restorant,kedai jahit,budget hotel dan kedai pakaian...

Apa beza nya kita dan mereka ini ialah cara berfikir dan cara bertindak...




Setiap bulan akan makan di restorant ini.Salah satu restorant halal di Partunam,Bangkok.

E22 IGM..


Rakan rapat di Kota Bangkok.Menjalankan perniagaan hantaran barang..callsign E22IGM handle MR.KUNG isteri dia boleh cakap melayu...

Thursday, June 18, 2009

LAMA..TAK JUMPA.....

Kau ni asyik sibuk saja lah....Setiap kali jumpa ini lah ayat yang akan diajukan oleh rakan-rakan.

Inilah kehidupan seorang usahawan muda. Asyik sibuk dengan bisnes. Bukan duduk goyang kaki dalam pejabat saja. Sebagaimana yang saya janjikan, tips kali ini adalah sikap.

Tahukah anda bahawa sikap memainkan lebih 70% peranan dalam kejayaan berbanding skill? Antara sikap yang wajib ada pada seorang usahawan adalah sabar. Saya berpegang kepada "Slow and steady wins the race". Tak ada apa yang x-press dalam bisnes. Kalau cepat boom, cepat jugalah ia jatuh. Tapi tak semua, biasanyalah...

Kesabaran menempuh tahun pertama dalam bisnes adalah sangat kritikal. Oleh itu anda perlu menyediakan diri dari segi menatal dan kewangan. Orang-orang Cina dah sedia maklum bahawa 6 bulan hingga 1 tahun pertama bisnes hanya balik mpdal sahaja. Mereka bekerja kuat dan yakin dengan usaha mereka. Kita macammana? Jangan terpedaya dengan ungkapan "Jutawan segera", "Wang segera", "Cepat kaya" dan sebagainya.

Built your bisnes slowly. Dapatkan pengajaran dan pengalaman sepanjang perjalanan anda menuju kejayaan. Selamat mencuba!(rahsiabisnes)


9W2 CCC...


Kalau rakan-rakan tak kenal atau sudah lupa wajah 9w2ccc(ISMANIZAM) saya post kat blog ini gambar dia.Sekarang sudah jadi usahawan yang berjaya dalam bidang vending mesin..
(www.binary.my)

JAKARTA OH JAKARTA....

DR.IR. HATA BERSAMA SUKARNO DARI FAHAMAN YANG BERBEZA CUBA MEMBANGUNKAN INDONESIA...DIABADI KAN MELALUI TUGU INI..



MAKAM PARA PAHLAWAN TERBILANG INDONESIA




HOTEL KAISAR *** ,HANYA 500METER DARI PASAR MINGGU KOTA JAKARTA.

Monday, June 15, 2009

PERANGKAP USAHAWAN....

Semua orang hendak jadi kaya. Saya pun hendak jadi kaya. Saya yakin anda juga mahu jadi kaya. Bagaimana caranya? Ada pelbagai cara hendak mendapatkan duit. Bagi orang Islam, Nabi dah berjanji bahawa 9/10 punca rezeki adalah melalui bisnes. Ini adalah kenyataan.

Oleh kerana realiti ini, ramai orang yang tiba-tiba mendapat motivasi untuk jadi 'the next millionaire'. Maka, berlumba-lumbalah mereka memasuki bidang bisnes (termasuk saya). Malangnya tidak sampai 1 tahun, 9 daripada 10 orang yang bermotivasi tadi terus tutup kedai. Daripada angan-angan nak jadi kaya, akhirnya hanya hutang yang berjaya ditambah.

Yang bertahan tu, hanya dapat bertahan untuk 5 tahun pertama. Daripada jumlah ini, lebih 80% gagal meneruskan perjuangan sebagai usahawan. Mengapa hanya sebilangan kecil sahaja yang 'survive' dalam dunia bisnes? Nak kata tak usaha keras, dah habis kederat dikerjakan bisnes tu. Apa lagi yang tak kena?

Jawapan kepada persoalan bagi beribu-ribu orang yang pernah memasuki dunia bisnes ini ialah kombinasi sikap, teknik dan disiplin diri.

Sikap yang betul+Teknik berkesan+Disiplin kerja=bisnes yang berjaya.

Biar saya jelaskan, setiap orang daripada kita pernah berkata dalam hati kecil masing-masing,"Buat apa aku bertungkus lumus bekerja untuk orang lain? Aku ada kemahiran, pengalaman dan pengetahuan. Daripada mengkayakan orang, baik aku buka bisnes sendiri!" Motivasi dalam diri kita membara untuk punyai bisnes sendiri dan jadi kaya-raya melalui bisnes tersebut. Semangat yang membara inilah yang akhirnya membuatkan kita berhenti kerja, mengambil pinjaman bank dan apa sahaja langkah yang berpatutan untuk buka bisnes sendiri.

Sebenarnya, semangat membara inilah yang akhirnya menjadi jerat dalam bisnes. Jangan bersikap terburu-buru. Berfikir secara mendalam, rancang masa depan dengan teliti dan dapatkan khidmat nasihat daripada pakar terlebih dahulu. Sifat terburu-buru inilah antara punca 9/10 usahawan bumiputra tidak dapat meneruskan bisnes selepas setahun.(RAHSIABISNES)