Monday, June 15, 2009

PERANGKAP USAHAWAN....

Semua orang hendak jadi kaya. Saya pun hendak jadi kaya. Saya yakin anda juga mahu jadi kaya. Bagaimana caranya? Ada pelbagai cara hendak mendapatkan duit. Bagi orang Islam, Nabi dah berjanji bahawa 9/10 punca rezeki adalah melalui bisnes. Ini adalah kenyataan.

Oleh kerana realiti ini, ramai orang yang tiba-tiba mendapat motivasi untuk jadi 'the next millionaire'. Maka, berlumba-lumbalah mereka memasuki bidang bisnes (termasuk saya). Malangnya tidak sampai 1 tahun, 9 daripada 10 orang yang bermotivasi tadi terus tutup kedai. Daripada angan-angan nak jadi kaya, akhirnya hanya hutang yang berjaya ditambah.

Yang bertahan tu, hanya dapat bertahan untuk 5 tahun pertama. Daripada jumlah ini, lebih 80% gagal meneruskan perjuangan sebagai usahawan. Mengapa hanya sebilangan kecil sahaja yang 'survive' dalam dunia bisnes? Nak kata tak usaha keras, dah habis kederat dikerjakan bisnes tu. Apa lagi yang tak kena?

Jawapan kepada persoalan bagi beribu-ribu orang yang pernah memasuki dunia bisnes ini ialah kombinasi sikap, teknik dan disiplin diri.

Sikap yang betul+Teknik berkesan+Disiplin kerja=bisnes yang berjaya.

Biar saya jelaskan, setiap orang daripada kita pernah berkata dalam hati kecil masing-masing,"Buat apa aku bertungkus lumus bekerja untuk orang lain? Aku ada kemahiran, pengalaman dan pengetahuan. Daripada mengkayakan orang, baik aku buka bisnes sendiri!" Motivasi dalam diri kita membara untuk punyai bisnes sendiri dan jadi kaya-raya melalui bisnes tersebut. Semangat yang membara inilah yang akhirnya membuatkan kita berhenti kerja, mengambil pinjaman bank dan apa sahaja langkah yang berpatutan untuk buka bisnes sendiri.

Sebenarnya, semangat membara inilah yang akhirnya menjadi jerat dalam bisnes. Jangan bersikap terburu-buru. Berfikir secara mendalam, rancang masa depan dengan teliti dan dapatkan khidmat nasihat daripada pakar terlebih dahulu. Sifat terburu-buru inilah antara punca 9/10 usahawan bumiputra tidak dapat meneruskan bisnes selepas setahun.(RAHSIABISNES)

No comments: