
Terlalu banyak penyakit di bawa oleh binatang ini seperti gila babi,babi gila,virus nipah dan terbaru selesma babi tapi masih ada mahluk yang meng agung-agungkan BABI maka terserleh kebabian nya...
Tel: 03-89263172.Fax:603-89201934 HP:012-295 2307,013-8999993.THAI NO:0066897644255 INDONESIA NO:006281365356100 CHINA NO:+6813249748733 web : www.rnjventure.com
Inilah kehidupan seorang usahawan muda. Asyik sibuk dengan bisnes. Bukan duduk goyang kaki dalam pejabat saja. Sebagaimana yang saya janjikan, tips kali ini adalah sikap.
Tahukah anda bahawa sikap memainkan lebih 70% peranan dalam kejayaan berbanding skill? Antara sikap yang wajib ada pada seorang usahawan adalah sabar. Saya berpegang kepada "Slow and steady wins the race". Tak ada apa yang x-press dalam bisnes. Kalau cepat boom, cepat jugalah ia jatuh. Tapi tak semua, biasanyalah...
Kesabaran menempuh tahun pertama dalam bisnes adalah sangat kritikal. Oleh itu anda perlu menyediakan diri dari segi menatal dan kewangan. Orang-orang Cina dah sedia maklum bahawa 6 bulan hingga 1 tahun pertama bisnes hanya balik mpdal sahaja. Mereka bekerja kuat dan yakin dengan usaha mereka. Kita macammana? Jangan terpedaya dengan ungkapan "Jutawan segera", "Wang segera", "Cepat kaya" dan sebagainya.
Built your bisnes slowly. Dapatkan pengajaran dan pengalaman sepanjang perjalanan anda menuju kejayaan. Selamat mencuba!(rahsiabisnes)
Sebenarnya falsafah atau pegangan ini boleh diaplikasikan dalam dunia bisnes. Saya mensyorkan agar anda yang mahu memulakan bisnes menanamkan niat untuk membantu orang lain melalui bisnes anda. Sama ada membantu orang lain membangunkan bisnes sendiri atau sekadar menghulurkan bantuan ikhlas. Ini bertepatan dengan ajaran Islam bahawa jika kita keluarkan satu 'RM', Allah akan balas sehingga 700 kali nilainya.
Rata-rata, sahabat saya yang mudah membantu orang lain, rezekinya akan melimpah ruah sedangkan sahabat-sahabat yang payah sangat hendak keluarkan duit ni, saling meminta-minta. Tidak ramai yang ambil endah konsep 'keberkatan.' Namun, 'magic'nya hanya dapat dilihat apabila anda sendiri mengalaminya.
Pengalaman saya sendiri, membantu orang lain dengan ikhlas akan memberi ketenangan jiwa. Dalam masa yang sama kita sebenarnya sedang membenihkan 'networking' dengan orang yang kita tolong, walaupun pada asalnya tak berniat mengambil apa-apa faedah daripada pertolongan tersebut. Mungkin ada yang berpendapat sikap suka membantu baik dengan tenaga, masa atau wang ringgit tiada nilai bisnes, lebih kepada nilai kemanusiaan. Pendapat tersebut ada betul dan ada salahnya.
Terpulang kepada persepsi masing-masing. Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Namun, apa yang saya boleh janjikan, 'memberi' kepada orang lain akan menjadikan hidup anda lebih bernilai. Jika hidup anda hanya untuk manfaat diri anda dan anak isteri sahaja, anda dikira belum berjaya. Orang yang benar-benar berjaya ialah yang paling banyak memberi mnafaat kepada orang lain. Wallahu a'lam.(RAHSIABISNES)