Tel: 03-89263172.Fax:603-89201934 HP:012-295 2307,013-8999993.THAI NO:0066897644255 INDONESIA NO:006281365356100 CHINA NO:+6813249748733 web : www.rnjventure.com
Thursday, April 30, 2009
hujan emas di Negeri Orang....
Wednesday, April 29, 2009
TERKENANG MASA LALU..
koleksi 1
Anggota Komando sejati..
9 Terup Z Skn. RGKM dalam Op Gonzales di hutan simpan kinta.
Markas divisyen ke- 2 infantri Malaysia yang diperintah oleh Mej. Jen. Dato’ Mohamad Ghazali bin Dato’ Mohamed Seth melancarkan satu siri operasi yang dikenali sebagai OP GONZALES. Skuadron Z dari Rejimen Pertama Gerak Khas telah ditugaskan sebagai pasukan simpanan di bawah naungan Markas 2 Div. dan ditempatkan di Kem Tambun, Ipoh. Skuadron Z yang diketuai oleh Kapt. Hamid bin Kusrin telah diaturgerakkan dari Kem Sungai Udang, Melaka ke Kem Tambun, Ipoh untuk menyertai Operasi Gonzales di sekitar kawasan Hutan Simpan Bukit Kinta dekat Ipoh. Dalam operasi itu, anggota skuadron ditempatkan di Kem Tambun dan bersiap sedia sepanjang masa untuk diterbangkn dengan pesawat Nuri TUDM serta diturunkan dengan cara abseiling ke tempat-tempat pertempuran berlaku.
Operasi dilakukan sedemikian rupa bagi menentukan pengganas yang dijumpai tidak dapat melarikan diri di samping hendak mengatasi “Hit and Run Tactic” pengganas. Berikutan dari satu pertempuran yang telah melibatkan Platun 9 dari Batalion Ke-3 Rejimen Renjer dengan segerombolan pengganas pada 18 April 1974 Terup Nombor 9, Skuadron Z dan satu pasukan Kombat dari PULADA diatur gerak ke tempat kejadian. Terup yang berkekuatan 32 orang anggota Lain-Lai Pangkat dan dua orang pegawai ketika itu diketuai oleh Lt. M. Zainal Abidin bin Husien (410354). Lt. M. Zainal Abidin dibantu loeh Lt. M. Anuwa bin Mohamad Daud (411227), 14367 SSjn. Mohd Bajuri bin Mat Rahim sebagai Terup Sarjan, Kpl. Othman Ketua Seksyen Satu, 16075 Kpl. Zaki bin nordin Ketua Seksyen Dua, manakala 11914 Sjn. Rahmat bin Suratman mengetuai Seksyen Tiga. Terup Meninggalkan Tambun dengan menaiki dua buah pesawat Nuri untuk diturunkan di tempat kejadian secara abseiling bagi memberi bantuan kepada Platun 9 dari 3 Renjer.
Sewaktu menggelongsor turun dengan tali dari pesawat, salah seorang anggota mendapat kecederaan ringan di tangannya akibat terkena batnag buluh yang tajam. Keadaan tersebut menyebabkan salah seorang rakan memberitahu saya bahawa kejadian itu merupakan satu alamat yang tidak baik kerana belum apa-apa lagi salah seorang daripada mereka telah tercedera dan dengan itu mereka harus berhati-hati katanya, cerita 23582 SSjn. Md Ali bin Ahmad. Setelah kesemua anggota selamat mendarat, kami bergerak meninggalkan tempat berkenaan dengan dipandu oleh beberapa orang asli dari PPT Cameron Highlands, Pahang dan Anjing Pengesan Ben (1N12) yang dikendalikan oleh 901016 Sjan. Chandan a/k Gaing dan 16706 Kpl. Osman bin Awang bagi menjejak musuh.
Tidak jauh kami bergerak memburu gerombolan pengganas, gerombolan itu telah bertempur pula dengan satu pasukan ronda dari Batalion Ke-5 Rejimen Askar Diraja. Kami cuba berkejar ke tempat berkenaan tetapi terpaksa bermalam di pertengahan perjalanan.
Pada pagi 19 April 1974, Terup meneruskan penjejakan dan kemudian bercantum dengan satu plantun dari 5 RAMD. Lt. M. Zainal Abidin teruis membawa Terupnya menjejak pengganas selepas makan tengah hari. Sepanjang perjalanan kami banyak menjumpai jerangkap samar dan wayar jerangkap samar yang sebahagian besarnya tidak dipasang rapi oleh pengganas kerana mereka telah kesuntukan masa untuk berbuat demikian akibat diburu oleh anggota pasukan keselamatan. Ada antara jerangkap samar berkenaan meletup tetapi tidak mencederakan sesiapa. Pengganas mungkin sengaja meletakkan jerangkap samar di lorong-lorong yang telah mereka lalui bagi melambatkan pergerakan anggota pasukan keselamatan. Sewaktu mula meninggalkan tempat pendaratan pada hari pertama, anggota Terup didahului oleh Anjing Pengesan Ben. Walau Bagaimanapun, setelah kesan tinggalan penganas agak ketara dan mudah untuk diikuti, ANJING Pengesan Ben tidak lagi ditugaskan mencari jejak.
Setelah bergerak menuruti lorong tinggalan pengganas yang dijangkakan berkekuatan antara 25 ke 30 orang, pada petang 19 April Terup sampai di satu kaki bukit. Lorong yang kami ikuti beroecah dua. Satu lorong menuju ke kanan ke atas permatang, manakala satu lorong lagi ke kiri mengikuti lereng. Tugas membawa Terup seterusnya telah diambil alih oleh anggota orang asli iaitu Pbt. Mat Amin bin Abdullah dan diikuti oleh 21756 Tpr. Hassanudin bin abdul Karim.
Sebelum meneruskan perjalanan untuk m,enaiki bukit di hadapan, Lt. M. Zainal Abidin memerintahkan Terup berpecah dua iaitu menuruti lorong yang telah ditinggalkan oleh pengganas. Satu kumpulan yang deketuai oleh Lt. M. Zainal Abidin akan mengikuti lereng manakala satu kumpulan lagi yang diketuai oleh Lt. M. Anuwa bergerak terus mengikuti permatang. Kedua-dua kumpulan dijangka kembali bertemu di atas bukit untuk bermalam.
Saya menuruti lereng bersama Lt. M. Zainal Abidin dengan didahului oleh Pbt. Mat Amin diikuti oleh Tpr. Hasanuiddin dan di belakang saya telah Lt. M. Zainal Abidin, Anjing Ben dan pengendalinya serta anggota lain. Kami menuruti kesan yang telah dilalui oleh sekumpulan musuh yang ramai dam masih baru. Dengan sebab itu tugas penjejakan tidaklah begitu sukar. Setelah menuruti lorong tinggalan pengganas buat beberapa ketika di ataas kami sampai di kaki lereng QY 634204 dan menjumpai satu anak air.
Pbt. Mat Amin dan Tpr. Hasanuddin telah melintasi anak air berkenaan manakala saya ketika itu baharu sahaja hendak melangkahkan kaki ke dalam anak air tersebut. Semasa saye hendak melintasi air, kami mula ditembak dari atas bukit di sebelah kanan di hadapan oleh sekumpulan pengganas yang telah bersedia menunggu ketibaan kami ketika itu. “aduhhhh, musuh,” jerit Pbt. Mat Amin. Kami yang berada di belakang masing-masing merebahkan diri mengambil perlindungan. Lt. M. Zainal Abidin yang cuba melompat ke sebuah batu di hadapannya mendapat kecederaan di lututnya. Penggamas terus melepaskan tembakan kea rah kami.
Saya meraptkan ke tepi tebing sungai bersama-sama dengan Lt. M. Zainal Abidin memberitahu saya bahawa beliau mengalami kesukaran untuk bergerak kerana lututnya telah tercedera. Setelah membantu Lt. M. Zainal Abidin merapatkan dirinya ke satu batu untuk berlindung sementara kesakitan di lutut pulih,saya diarahkannya bergerak terus ke hadapan meninggalkannya sambil melepaskan tembakan kearah pengganas.
Dalam hujan peluru yang dating dengan dengan tiba-tiba itu, Anjing Pengesan Ben telah menjadi sasaran dan kemudian disahkan oleh pengendalinya Sjn.Chandan telah terkena tembakan di bahagian dadanya. Pada permulaan serangan saya sebenarnaya tidak dapat melihat musuh yang berada di sebalik perlindungan mereka, walau bagaimanapun, saya terus melepaskan tembakan kearah pokok-pokok yang saya lihat bergoyang kerana mengesyaki musuh berada di situ. Semasa anggota yang lain terus melepaskan tembakan , saya mengambil kesempatan memanjat tebing curam untuk terus ke hadapan hingalah akhirnya saya terserempak dengan seorang penganas yang sedang hendak melemparkan bo tangan kearah kami dalam jarak kurang dari sepuluh kaki antara saya dengan nya.
Dengan tidak berlengah-lengah lagi sebelum sempat beliau melemparkan bom yang masih tergenggam di tangannya, dia terlebih dahulu di singgahi peluru dari tembakan saya, penganas sebenarnya sebelum itu telah melemparkan beberapa butir bom kearah kami dan semua bom tersebut telah jatuh ke dalam sungai tetapi tidak meletup. Melihatkan pengganas tersebut telah rebah, saya terus mara kehadapan dan Berjaya menembak seorang lagi pengganas dalam jarak kir-kira 20 kaki.
Setelah itu saya tidak lagi boleh bergerak kehadapan kerana anggota dari kumoulan Lt. M. anuwa telah berada tidak jauh di hadapan saya. Semasa bergerak sambil melepaskan tembakan kearah pengganas, saya mendengar jeritan suara yang tidak dapat saya kenali ketika itu yang mengingatkan saya agar berhati-hati kerana rakan-rakan dari kumpulan Lt. M. Anuwa berada di hadapan saya ketika itu. Seorang pengganas yang sedang cuba berundur ke atas permatang bertembung dengan kumpulan Lt. M. Anuwa dan
Berjaya ditembak oleh Kpl. Zaki Beliau dan anggota seksyennya cuba mendaki permatang dari arah sebelah kanan terpaksa mendaki lereng permatang yang curam dan salah seorang anggota seksyennya Tpr. Abu Kassim tercedera oleh tembakan pengganas.Apabila mendapati Seksyen Satu yang berada di hadapan ditembak musuh, Sjn. Rahmat ketua Sksyen Tiga terus mengarahkan anggotanya bergerak melintasi anak air di sebelah kiri untuk pergi ke lereng bukit di sebelah kiri dan kemudian bergegas ke hadapan bagi menjerat dan seterusnya membunuh oengganas yang akan melarikan diri kearah tersebut.
Jangkaan yang dibuat oleh Sjn. Rahmat itu sememangnya tepat. Musuh cuba melepaskan diri mengikut arah tempat Sjn. Rahmat dan anggota nya berada tetapi agak malang bagi Sjn. Rahmat kerana beliau ketika itu tidfak dapat mengawal keghairahan dan semangat anggota nya. Mereka yang menjerit-jeritkan perkataan ”Komando!komando! Bunuh dia. Kerat kepala dia , Komandoo “ menyebab kan kehadiran mereka diketahui musuh dan pengganas mengubah haluan. Penganas telah mengunakan akar-akar yang merangkak diatas batu dan tanah untuk turun kelereng curam di belakang mereka.
Sewaktu menghampiri kedudukan pengganas, Sjn. Rahmat dan anggota kumpulan nya sempat melepas kan tembakan kea rah dua orang pengganas yang swedang hendak menggelongsor ke bawah lereng. Kdua-dua musuh di percayai terkena tembakan mereka. Setelah Berjaya berada di tebing tinggi, tempat musuh melepaskan diri ke bawah gaung, Sjn, Rahmat dan anggotanya terus melepaskan tembakan dan melemparkan bom tangan ke bawah dengan harapan ia mengenai musuh yang masih berada di bawah gaung.
Sewaktu pertempuran masih berlaku, bantuan dari helikoptor Nuri TUDM telah sampai bagi mengeluarkan anggota yang tercedera, ketika helikoptor membuat hover, pengganas turut melepaskan twembakan kearah pesawat berkenaan yang ketika itu terpaksa bergerak dengan menggunakan lampu kerana cuaca telah mulai gelap.
SSjn. Mohd. Bajuri dengan dibantu oleh beberapa orang anggota nya telah berusaha membuat tempat wingching bagi mengeluarkan anggota yang tercedera. Tindakan segera SSjn. Mohd. Bajuri itu telah dapat menyelamatkan nyawa Pbt. Amin yang mengalami banyak kehilangan darah. Sewaktu penggeledahan dibuat di kedudukan pengganas 20 beg galas berisi pakaian, ubat-ubatan dan barang makanan telah dijumpai.
Dua laras senjata iaitu sepucuk Thompson Submachine Gun Point 45 automatik model 1928 dengan tiga kelopak dan 65 lima butir peluru, serta sepucuk Stun Gun nombor 179713 bersama dua kelopak, 161 butir peluru 9mm dan point 22 sebanyak t30 butir dan tiga mayat telah dijumpai. Di pihak pasukan keselamatan, Pbt. Mat Amin tercedera di lutut, Tpr. Abu Kassim tercedera di siku, manakala Anjing Pengesan Ben terbunuh di tempat kejadian.
Penggeledahan selesai setelah matahari membenamkan diri nya ke ufuk barat dan keadaan didalam hutan telah gelap. Dalam usaha untuk menyelamatkan anggota yang tercedera dan mengeluarkan Anjing Pengesan Ben yang telah terbunuh, mereka meminta bantuan dari pada pesawat Nuri TUDM. Saya yang di tugaskan membantu tentera darat dalam Op Gonzales meninggalkan Kem Tambun bersama-sama pembantu juruterbang Lt. M. (U) Raja Badrulzaman bin Raja Husain dan kuater master udara Sjn. Abd.Rahman dalam keadaan hari yang hamper gelap kedudukan pertempuran berlaku iaitu di Hutan Simpan Bukit Kinta.
Dengan berpandukan Bearing, asap dan cahaya tembakan pistol Verey Light apabila berdekatan dengan tempat kejadian serta lampu helikoptor, saya terbang ketempat kejadian untuk menyelamat kan angota komando yang tercedera dan mengeluarkan bangkai Ben yang terbunuh secara Wingching kerana helikoptor tidak boleh mendarat, terang Kol.Abd Rahim bin Abd Rahman (TUDM) yang ketika itu berpangkat kapten bertugas sebagai juruterbang.
Keesokan paginya barulah mayat ketiga-tiga pengganas dan barang-barang yang berjaya dirampas di keluarkan oleh helikoptor dari tempat kejadian ke Ipoh dan kami selepas itu di arah meneruskan penjejakan selama lebih kurang seminggu sebelum di keluarkan dari kawasan berkenaan ke Ipoh. Setibanya di Ipoh, kami telah disambut oleh pegawai memerintah, Lt. Kol. Borhan bin haji Ahmad yang mengucapkan tahniah atas kejayaan yang telah kami capai. Ketika saya itu berasa cukup gembira dan bersemangat kerana disambut oleh pegawai memerintah sekembalinya kami dari beroperasi sambil dilayan mesra oleh Lt. Kol. Borhan. “Ini hero aku,” Kata Lt. Kol. Borhan sambil menepuk-nepuk bahu saya sejurus selepas saya turun dari pesawat Nuri atas tindakan bertanggungjawab dan sifat keberanian yang telah mereka tunjukkan dalam Op Gonzales Pada 19 April 1974, Kpl. Zaki dan Tpr. Mohd Ali diperkenan oleh D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk dianugerahi pinggat Panglima Gagah Berani (P.G.B) pada 22 Mac 1975 di Kem Sungai Besi sempena perbarisan penganugerahan panji-panji kepada 9 RAMD oleh Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Badlishah.
Kpl.Zaki memulakan kerjayanya dalam profesion ketenteraan pada 6 Oktober 1963 sebagai rekrut dan kemudian dimasukkan ke 7 RAMD.Beliau yang di lahirkan pada tanggal 21 Januari 1945 di Kampong Berisu,Lubuk Cina,Melaka,mendapat pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Labu Negeri Sembilan.Setelah berkhidmat sebagai anggota Askar Melayu Diraja lebih kurang tiga tahun,beliau melangkah setapak lagi dalam kerjayanya sebagai seorang perajurit tanah air iaitu untuk menganggotai Pasukan Gerak Khas pada 18 April 1967.Kpl Zaki menerima pingat P.G.B yang telah di anugerahkan kepadanya daripada Sultan Abdul Halim sempena Upacara Penganugerahan Panji-Panji kepada 9 RAMD di Kem Sungai Besi pada 22 Mac 1975.
Beliau meninggalkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) setelah berkhidmat selama 15 tahun sebagai seorang Sarjan dan kemudian menjadi peneroka Felda Palong Satu,Gemas,Negeri Sembilan.Bekas Sjn.Zaki yang pernah tercedera sewaktu menjalani latihan payung terjun semasa berkhidmat,meninggal dunia pada 10 Mac 1984.Allahyarham meninggalkan seorang balu Puan Sarifah Bte Hj Hamid dan tiga orang anak.
Anak sulung daripada 13 orang adik beradik,Tpr.Md Ali Bin Ahmad di lahirkan di Batu 11,Kampung Serkam,Merlimau,Melaka,pada 23 Januari 1951.Bapanya,encik Ahmad Bin Mohd.Sudi adalah seorang nelayan.Beliau yang sentiasa menitikberatkan ilmu pengetahuan kepada anaknya,menghantar Tpr.Md.Ali mempelajari ketukangan radio dan televisyen di sebuah institut swasta di Teluk Intan sejurus selepas beliau gagal dalam persekolahannya di peringkat Lower Certificate of Education (LCE) di St.Francis Institution,Melaka.Walaupun telah mempunyai kemahiran dalam bidang ketukangan radio dan televisyen,tetapi oleh kerana mempunyai minat yang mendalam untuk menjadi seorang anggota tentera,beliau meninggalkan kerjaya sebagai seorang juruteknik radio lalu memohon mengikuti latihan rekrut.Oleh sebab tidak begitu mengetahui kor-kor dan rejimen yang terdapat dalam ATM maka sewaktu ditemuduga oleh ketua kompeni sebelum menamatkan latihan rekrut,saya telah meminta untuk memasuki Rejimen Askar Melayu dan Rejimen Renjer.Walau bagaimanapun,saya telah di arah memasuki Rejimen Meriam,kata SSjn.Md Ali sewaktu beliau ditemu bual.Setelah menamatkan latihan rekrut,beliau ditukarkan ke-3 Meriam yang berpangkalan di Taiping.
Selepas menamatkan latihan Asas Meriam,pasukan saya telah didatangi oleh beberapa orang pegawai dan anggota komando memberi ceramah bertujuan untuk menggalakkan anggota pasukan lain memasuki Pasukan Gerak Khas.Pakaian serta pelbagai lencana yang tersemat di dada anggota komando serta cerita mereka tentang Latihan Payung Terjun yang bakal diberikan kepada setiap anggota komando membuatkan saya benar-benar tertarik dan seterusnya mengangkat tangan apabila di tanya untuk mengikuti Latihan Komando.Saya sebenarnya tidak mendapat galakan sebaliknya hanya menerima ejekan dan kata-kata yang melemahkan semangat sahaja daripada rakan-rakan,namun saya katakan kepada mereka saya mahu mencuba sekiranya gagal saya akan kembali ke pasukan.Berkat kegigihan,keazaman dan kesabaran,beliau berjaya menjalani Latihan Asas Komando.Antara beberapa orang pegawai yang sama-sama mengikuti latihan itu ialah Mej.Hasbulah bin Yusof,Kapt.Hamid,Lt M.Linus Lungsung a/k Janti,Lt.M.Rahim Saad,Lt M.Zainal Abidin dan Lt.M.Ahmad Rubi Bin Zakaria yang kemudian menjadi pemimpin dalam pasukan RGK.
Beliau seterusnya memperolehi Beret Hijau dengan Lencana Kepala Harimau yang menjadi lambang kebanggaan setiap anggota komando dan sayap payung terjun dalam satu upacara tamat latihan di Tanjung Labuh,Batu Pahat,Johor.Atas kejayaannya itu,beliau telah menyertai Pasukan Elit ATM.Dalam Pasukan Gerak Khas,beliau menganggotai Terup 9 Skuadron Z.Skuadron ketika itu diketuai oleh Mej.Husein bin Awang Senik,manakala Terup ke-9 dipimpin oleh Lt.M.Zainal Abidin.Dari Kor RGKM,beliau bertukar ke Kor Polis Tentera pada tahun 1977 dan berkhidmat di Cawangan Penyiasatan Khas hinggalah menamatkan perkhidmatan pada 26 Jun 1991 selepas berkhidmat selama 21 tahun.(muzium ggk)by mj
Monday, April 27, 2009
MEMANDU......
TIP ELAKKAN LETIH MEMANDU
KELETIHAN semasa memandu merupakan punca utama kemalangan jalan raya .kemalangan sebegini boleh terjadi pada bila-bil masa,tetapi masa paling kerapi alah diantara pukul 10 malam hingga 8 pagi dan awal pagi hingga tengahari.
Kemalangan yang berpunca dari rasa letih lazimnya menyebabkan kecederaan yang teruk berbanding kemalangan akibat punca- punca lain .Pemandu yang keletihan bertindak balas lebih lambat dan pertimbangannya mudah terganggu.
Ini menyebabakan terjadinya kemalagan yang mengakibatkan beribu-ribu kecederaaan dan kematian setiap tahun ,yang pada hakikatnya boleh dielakkan.
Apakah yang dimaksudkan dengan keletihan semasa memandu?
Keletihan yang amat sangat lazimnya disebabkan oleh masalah-masalah psikologi seperti berasa kekurangan tenaga,kepenatan atau keletihan.Dalam kebanyakan kes ,keletihan yang amat sangat dikaitkan dengan kebosanan ,kesedihan ,kekecewaan ,kurang tidur atau teruk bekerja. Rasa letih yang keterlaluan ini tidak sama seperti rasa mengantuk ,tetapi biasanya keinginan untuk tidur akan timbul seiring dengan rasa letih yang begini.
Punca-punca keletihan semasa memandu.
v Memandu untuk jangka masa yang lama tanpa berhenti rehat,mengambil alkohol,kurang tidur dan rehat
v Ubat –ubatan seperti antihistamin,antihipertansi,sedatif,atau diuretik.
v Masalah kesihatan seperti penyakit addison ,anemia,al-DS,gangguan alahan yang kronik seperti demam elergi atau lelah,malignan,diabets,kegagalan jantung
v Senaman berlebihan
v Memandu lewat malam atau awal pagi ,iaitu waktu yang pada kebiasaannya anda tidur.
Tanda –tanda keletihan
v Kerap menguap dan mengantuk
v Keliru dan pemikiran yang kabur
v Murung dan mudah baran
v Tindak balas dan reaksi yang lambat
v Khayal atu berangan –rangan
v Sukar hendak membuka mata,terasa penat ,sakit-sakit badan ,mengawal stering sambil lewa.
v Tidak nampak lampu isyarat atau papan tanda.
v Gagal menumpukan perhatian
v Tidak dapat mengingat apa yang berlaku dalam temoh beberapa minit atau beberapa saat lalu.
v Badan dan kepala bergoyang –goyang kerana tersenguk-sengguk.
v Kereta terbabas atau termasuk lorong.
v Tersengguk –sengguk semasa memandu
v Peningkatan sensitiviti mata terhadap cahaya(tidak dapat menahan silau cahaya)
Pengurusan sendiri
v Perlahankan kereta anda.
v Berhenti dan berehat di tempat yang sesuai .
v Berbual dengan penumpang jika ada
v Pasangkan radio anda dan
v Turunkan tingkap kereta agar udara segar dapat masuk atau pasangkan penghawa dingin pada tahap maksimum.
v Keluar dari kereta dan berjalan-jalan sekejap.
v Berhenti sekejap untuk minum.
v Berhenti rehat untuk mandi
v Bermalam dahulu sebelum memulakan perjalanan yang jauh.
Amalkan tabiat baru.
v Berhenti sekejap untuk berehat bagi setiap satu atau dua jam memandu
v Berkongsi memandu dalam perjalanan yang jauh dan pastikan anda berehat apabila sampai giliran bertukar pemandu
v Jika anda telah penat bekeja seharian ,janganlah memandu untuk perjalanan yang jauh.
v Sesekali biarkan udara segar memasuki kereta anda kerana kereta yang sentiasa tertutup boleh membuatkan anda mengantuk.
v Rancanglah perjalanan anda mengambil kira tempat-tempat persinggahan menarik yang boleh dilawati di sepanjang perjalanan.
v Awasi tanda-tanda yang menunjukkan anda mungkin letih seperti sakit-sakit badan,mata terasa penat dan tidak dapat menumpukan perhatian ketika memandu.Jika ini berlaku,berhenti dan berehatlah.
v Rancanglah untuk bermalam disesuatu tempat jika anda dalam perjalanan yang jauh
v Pastikan ubat-ubatan yang anda ambil tidak mempengaruhi keupayaan anda memandu.(SUMBER 9W2OCD pulmak) by 9W2MMJ