Monday, July 27, 2009

ANTARA DUA DARJAT...

BOLEH..DAN SUNYI SEPI..




TAK BOLEH DAN KECOH..

Saturday, July 25, 2009

YASMIN AHMAD...1958-2009
















AL FATIHAH....

YASMIN Ahmad atau dulunya adalah Zulkiflee Ahmad, pernah bergelar penyanyi sekitar tahun 70an dan pernah popular dengan lagu duet berjudul Tunggulah bersama penyanyi Rubiah Lubis.

Berikut adalah profil Yasmin dan pencapaian yang pernah diraihnya selama ini.

Nama : Yasmin @ Zulkiflee Ahmad

Jawatan: Penulis/Pengarah Filem/Penerbit

Tempat Lahir: Bukit Treh, Muar, Johor

Tarikh Lahir: 1958

Meninggal Dunia : 26 Julai 2009

Status Perkahwinan: Berkahwin

Suami: Abdullah Tan Yew Leong (berkahwin Januari 2003)

AKADEMIK

Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru

PROFIL KARIER

Profesion:* Penulis, Ogilvy & Mather* Pengarah Eksekutif Kreatif, Leo Burnett

2003-2009 Pengarah FilemFilem:2003 Rabun2005 Sepet2006 Gubra2007 Mukhsin

Iklan:* Suratkhabar Lama* Makan Bola (sempena Bolasepak Piala Dunia)* Forgiving (iklan terbitan Petronas)

Berlakon Dalam Drama:2003 Min2006 Tai yang yue (Rain Dogs)

Wednesday, July 22, 2009

KEMBARA HAM..

KEDAI RADIO AMATUR DI GUANGZHOU,CHINA



JENAMA SHOUAO DI SHENZHEN,CHINA



KEDAI RAKAN ORARI DI BANDUNG,INDONESIA



SALAH SATU,KEDAI RADIO DI PHNOM PENH,CAMBODIA ONWER KEDAI NI DAH PERNAH DATANG KUALA LUMPUR



SINGAPORE(SAJA TERBALIK)RAMAI HAM TERTUMPU DI SINI




HS1(BANGKOK)MURAH TAPI ADA HAL SENDIRI MAU INGAT..

Friday, July 17, 2009

SHENZHEN


KALAU MULUT BERAT PASTI SESAT,TULISAN TAK ADA BENTUK RUMI NAK BELI TIKET MACAM MANA..


SHENZHEN HANYA 45 MINIT NAIK TREN BOLEH SAMPAI HONG KONG



SHENZHEN ADALAH PUSAT HANDPHONE DUNIA.IPHONE DI KILANG DI SINI.BEGITU JUGA NOTEBOOK JENAMA APPLE..

TEKSI GUANGZHOU


KEBANYAKAN TEKSI ADALAH MILIK SYARIKAT,JADI ADA BIL.KALAU PENANDA ADA PENUMPANG TAK DI PADAM KAN RESIT TAK BOLEH PRINT.. PENUMPANG DI SEBELAH DEPAN CUMA UNTUK KANAK-KANAK ATAU WANITA SAHAJA.TAKUT KENA ROMPAK.PENUMPANG BELAKANG DIPISAHKAN DENGAN JARING...

MUSLIM RESTAURANT (HALAL FOOD)GUANGZHOU

BERSAMA PEKERJA KETURUNAN MUSLIM DARI PENDALAMAN CHINA
LOKASI:HUANSHI ZHONG ROAD



MASALAH BAHASA,JADI ANDA TUNJUK SAJA GAMBAR MENU DAN ODER...



RESTAURANT PAKISTAN/ARAB,HARGA AGAK MAHAL..



KEDAI YANG KECIL DAN SEMPIT TAPI HALAL..
LOKASI :ZHANG XI LU



TULISAN HALAL SANGAT KECIL DI SEBELAH ATAS......
PULUHAN RESTAURANT MUSLIM DI GUANGZHOU SEPERTI INI
LOKASI:BEIJING LU




9W2 OCD DENGAN CHOPSTIK NYA..
DI BELAKANG SEORANG MUSLIM AFRIKA



APABILA MELAWAT GUANGZHOU RAMAI YANG RISAU TENTENG MAKANAN HALAL ATAU RESTAURANT MUSLIM.SEBENAR NYA BANYAK RESTAURANT DI BANDAR INI.JADI TAK PAYAH SUSAH-SUSAH BAWA MAKANAN DARI MALAYSIA.MAKANAN PUN SEDAP-SEDAP TAPI MASAKAN CHINA LAH...NAK MAKAN KARI CARI KEDAI PAKISTAN TAPI AGAK MAHAL...(for info call email.MJ)

Wednesday, July 8, 2009

YANG BENAR TETAP BENAR...

INI LAH KISAH RAKAN LAMA YANG BEGITU BERANI MEMPERTAHANKAN KEBENARAN,WALAUPUN DI TEKAN,DIUGUT DAN DINAFI KAN HAK TETAP SABAR.

DURIAN TAK SELAMANYA LENYEK MENTIMUN,APABILA DURIAN DAH JADI TEMPOYAK TIMUN AKAN LENYEK DURIAN BALIK....




Bekas komando menang saman terhadap Kerajaan Malaysia


Wed | Jul 08, 09 | 9:33:48 am MYT

MELAKA, 8 Julai (Hrkh) - Perjuangan seorang bekas komando, Lans Koperal, Arman Amin selama hampir 5 tahun akhirnya mendatangkan kejayaan apabila Hakim Mahkamah Tinggi Melaka, Dato' Wira Mokhtaruddin Baki membenarkan tuntutannya ke atas pihak defendan dan mengarahkan supaya dikembalikan segala hak dan keistimewaan yang dimilikinya sebelum ini.






Arman sebagai plaintif telah diwakili peguam, Lt Kol (B) Syed Ismail Syed Omar telah menamakan Kolonel Abd Samad Yaakob sebagai defendan pertama, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai defendan kedua dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga.

Menurut Arman, bahawa beliau bersama tiga rakannya telah ditahan dan 'Bere Hijau Komando' mereka telah dilucutkan beserta pemotongan elaun komando kerana didakwa membantu kempen PAS dalam Pilihan Raya Umum ke 11 pada 2004, namun tiga rakannya itu kemudiannya mengaku bersalah.

"Pelucutan itu dibuat tanpa melalui prosedur yang sebenarnya dan dilakukan walaupun Mahkamah Tentera belum membuat keputusan, ini membuatkan saya memfailkan saman pada Februari 2004 tetapi apabila Mahkamah Tentera memutuskan tak bersalah segala hak saya itu masih tak dikembalikan juga.

"Alhamdulillah kini saya bersyukur kerana hak dan maruah saya telah dikembalikan, saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu terutamanya sahabat saya Zabidin Sulaiman yang banyak membantu sokongan moral dan sebagainya," kata beliau.

Beliau menuntut ganti rugi atas fitnah terhadapnya berikutan penarikan balik Beret Hijau itu, kehilangan elaun serta penyalahgunaan kuasa di pihak defendan.

Plaintif telah menuntut satu deklarasi bahawa tindakan defendan pertama melucutkan Beret Hijau komandonya adalah salah, tidak sah, berlawanan dengan undang-undang dan peraturan tentera, salah guna kuasa serta tidak adil.

Selain itu, plaintif turut memohon satu deklarasi bahawa tindakan defendan kedua dan ketiga menyekat, memotong, menamatkan dan atau memberhentikan bayaran Insentif Pasukan Khas Komando kepada plaintif mulai 30 April 2004 adalah salah dan tidak sah.

Plaintif turut memohon satu perintah bahawa plaintif adalah layak dan masih menyandang Beret Hijau serta menikmati semua faedah, elaun dan bayaran Insentif Pasukan Khas Komando yang diberikan oleh defendan ketiga.

Plaintif turut mengemukakan tuntutan supaya defendan kedua dan ketiga membayar balik semua potongan bayaran Insentif Pasukan Khas Komando yang dibuat secara salah mulai 30 April 2004 dan seterusnya defendan ketiga dilarang daripada memotong, menamatkan dan atau memberhentikan pembayaran semula faedah, elaun dan bayaran insentif.

Pada masa sama, plaintif turut menuntut ganti rugi am yang ditaksirkan oleh mahkamah, faedah pada kadar lapan peratus setahun ke atas jumlah ganti rugi am mulai tarikh penghakiman hingga tarikh penyelesaian sepenuhnya, kos serta apa-apa relif yang didapati adil dan suaimanfaat oleh mahkamah.

Mahkamah menetapkan pada 23 Oktober 2009 depan sebagai tarikh untuk menentukan jumlah ganti rugi yang harus dibayar kepada Arman di mana peguamnya menyatakan bahawa tuntutan anak guamnya sebanyak RM250,000. - mks._

Sunday, July 5, 2009

PERTANDINGAN ANGKAT BERAT SELANGOR 2009


PEGAWAI DAN PESERTA BERGAMBAR SETELAH SELESAI PERTANDINGAN



TERPANCAR KEPUASAN DI WAJAH MASING-MASING,TAK LUPA KEJAYAAN PERTANDINGAN INI DITUJUKAN UNTUK ABANG SAMAH ALI(KANAN SEKALI) WALAUPUN DALAM KEADAAN UZUR TETAPI TETAP BERSEMANGAT MENJAYAKAN KEJOHANAN INI.




BAGI KETEGORI -105KG PESERTA KUALA LUMPUR MOHD DYZUL MENDAPAT PINGAT GANGSA



SHARUL DARI KUALA LUMPUR MENDAPAT GANGSA BAGI KETEGORI 85KG




PINGAT EMAS(MOHD SAIFUL) DAN PINGAT PERAK(ABD MALEK) BAGI KETEGORI 77KG DIMENANGI OLEH PESERTA KUALA LUMPUR.



HADIAH DISAMPAIKAN OLEH SJN WELLY DARI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BAKAL PRESIDEN PABM...AMIN....



TERBUKA KL BILA BOSS?..


PRESIDEN ANGKAT BERAT KUALA LUMPUR,EN ZAFARUL AKBAR KASSIM SEDANG MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PESERTA TERMUDA KEJOHANAN..